| ENG | BM |
THE ROYAL BANK OF SCOTLAND BERHAD (Diperbadankan di Malaysia)

LAPORAN PENGARAH

Para Pengarah dengan sukacitanya membentangkan laporan mereka bersama-sama dengan penyata kewangan beraudit bagi The Royal Bank of Scotland Berhad ("Bank") dan subsidiarinya (kolektif "Kumpulan") bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Disember 2011.


KEGIATAN UTAMA

Kegiatan utama Bank ialah perbankan dan perkhidmatan kewangan yang berkaitan. Kegiatan utama anak-anak syarikat adalah seperti yang dinyatakan dalam Nota 13 penyata kewangan.Tiada sebarang perubahan ketara dalam kegiatan-kegiatan tersebut sepanjang tahun kewangan.


HASIL OPERASI

Keputusan operasi Kumpulan dan Bank bagi tahun kewangan adalah seperti berikut:

  Kumpulan
RM'000
  Bank
RM'000
Keuntungan sebelum cukai 54,342   52,521
Cukai (14,100)   (14,100)
       
Keuntungan bagi tahun tersebut 40,242   38,421

Keputusan operasi Kumpulan dan Bank sepanjang tahun kewangan tidak mempengaruhi sebarang perkara, urus niaga atau peristiwa penting atau luar biasa.


DIVIDEN

Tiada dividen dibayar atau diisytiharkan oleh Bank sejak akhir tahun kewangan terdahulu.

Para Pengarah juga tidak menyarankan pembayaran mana-mana dividen berhubung dengan tahun kewangan semasa.


RIZAB DAN PERUNTUKAN

Tiada pemindahan bahan kepada atau daripada rizab atau peruntukan semasa tahun kewangan lain selain daripada yang dibentangkan dalam penyata kewangan.


PENGELUARAN SAHAM DAN DEBENTUR

Bank tidak mengeluarkan sebarang saham atau debentur baru semasa tahun kewangan semasa.


OPSYEN SAHAM

Tiada opsyen diberikan oleh Bank kepada mana-mana pihak semasa tahun kewangan untuk pengambilan saham-saham Bank yang tidak dikeluarkan.
 
Tiada saham dikeluarkan semasa tahun kewangan oleh sebab perlaksanaan mana-mana opsyen untuk pengambilan saham-saham Bank yang tidak dikeluarkan. Pada akhir tahun kewangan, tiada saham-saham Bank yang tidak dikeluarkan di bawah opsyen.


PARA PENGARAH

Nama Pengarah-pengarah Bank yang memegang jawatan semenjak tarikh laporan yang lalu adalah:

Jeneral (Bersara) Tan Sri Dato’ Mohd Ghazali Seth
Dato’ Jorgen Bornhoft
Tan Sri Datuk Asmat bin Kamaludin
Andrew Mark Sill
Madan Kumar Menon (Meletak jawatan pada 28 Februari 2012)
Stephen Alan McKie (Dilantik pada 2 Disember 2011)
Robert Ralph Davis (Meletak jawatan pada 16 Julai 2011)

Mengikut Perkara 90A dalam Artikel Persatuan Bank, Mr. Stephen Alan McKie bersara mengikut pusingan pada Mesyuarat Umum Tahunan yang akan datang dan adalah berkelayakan menawarkan dirinya untuk dipilih semula.

Jeneral (Bersara) Tan Sri Dato' Mohd Ghazali Seth, yang berumur lebih tujuh puluh tahun, bersara pada Mesyuarat Umum Tahunan yang akan datang menurut Perkara 107 (i), Artikel Persatuan Bank. Lemabaga Pengarah mencadangkan beliau dilantik semula sebagai Pengarah menurut Seksyen 129, Akta Syarikat , 1965 sehingga Mesyuarat Umum Tahunan Bank tamat.


KEPENTINGAN PENGARAH

Pemegang saham dalam syarikat pemegangan adalah mereka yang menjadi pengarah pada akhir tahun kewangan, seperti dilaporkan dalam Pendaftaran Pengarah pemegang saham yang disimpan oleh Bank di bawah Seksyen 134, Akta Syarikat, 1965, adalah seperti berikut:

Bil. saham biasa bernilai £1.00 setiap satu
  Baki pada 1.1.2011

 

Beli/
Diberi

 

Jual 

 

Baki pada 31.12.2011
Saham dalam syarikat pemegangan,
  The Royal Bank of Scotland Group Plc
             
               
Andrew Mark Sill 10,407   84,534   -   94,941
Madan Kumar Menon -   450,538   -   450,538


Oleh sebab minat pengarah di atas dalam saham syarikat pemegangan, pengarah yang tersebut di atas dikira mempunyai minat dalam saham Bank di mana syarikat pemegangan juga berminat.

Tiada Pengarah lain dalam pejabat pada akhir tahun kewangan, menurut Pendaftaran perlu disimpan di bawah Seksyen 134, Akta Syarikat, 1965, memegang saham atau mempunyai minat dalam saham Bank atau berhubung perbadanannya semasa atau di awal dan akhir tahun kewangan.


GANJARAN PENGARAH

Sejak akhir tahun kewangan yang lalu, tiada Pengarah Bank yang telah menerima atau layak untuk menerima sebarang ganjaran (selain daripada ganjaran yang termasuk dalam jumlah agregat emolumen yang telah diterima atau akan diterima oleh Para Pengarah yang dinyatakan dalam Nota 28 penyata kewangan, atau gaji tetap kakitangan Bank sepenuh masa) daripada kontrak yang dibuat oleh Bank atau korporat berkaitan dengan Pengarah atau dengan firma di mana Pengarah tersebut adalah ahli, atau dengan syarikat di mana Pengarah tersebut mempunyai kepentingan kewangan yang benar.

Pada akhir tahun kewangan, atau pada bila-bila masa dalam tahun yang dilaporkan, tidak terdapat sebarang perjanjian yang melibatkan Bank di mana Para Pengarah mendapat faedah melalui perolehan saham atau debentur Bank atau sebarang badan korporat lain.


MEMATUHI JANGKAAN BANK NEGARA MALAYSIA KE ATAS LAPORAN KEWANGAN

Dalam menyediakan penyata kewangan, Para Pengarah telah mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk memastikan jangkaan Bank Negara Malaysia ke atas laporan kewangan adalah mematuhi Garia Panduan Laporan Kewangan bagi Institusi Perbankan dan Garis Panduan tentang Klasifikasi dan Pengurangan Peruntukan untuk Pinjaman/Pembiayaan.


HUTANG LAPUK DAN HUTANG RAGU

Sebelum penyata kewangan Kumpulan dan Bank dibentangkan, Para Pengarah telah mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk memastikan bahawa tindakan yang sesuai telah diambil untuk melupuskan hutang dan elaun dibuat bagi hutang ragu, dan berpuas hati bahawa semua hutang lapuk yang diketahui telah dilupuskan dan peruntukan yang secukupnya telah dibuat bagi hutang lapuk dan hutang ragu.

Pada tarikh laporan ini, Para Pengarah tidak mengetahui tentang sebarang keadaan yang akan menyebabkan jumlah yang dilupuskan bagi hutang lapuk, atau jumlah elaun bagi hutang ragu, dalam penyata kewangan Kumpulan dan Bank tidak mencukupi dengan jumlah yang ketara.


ASET SEMASA

Sebelum penyata kewangan Kumpulan dan Bank dibentangkan, Para Pengarah telah mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk memastikan bahawa aset semasa, selain daripada hutang dan pembiayaan, yang mungkin tidak dapat direalisasikan dalam urusan biasa pada nilai yang dinyatakan dalam rekod perakaunan Kumpulan dan Bank, telah dikurangkan nilai kepada jumlah yang dianggarkan dapat direalisasikan.

Pada tarikh laporan ini, Para Pengarah tidak mengetahui tentang sebarang keadaan yang akan menyebabkan nilai aset semasa dalam penyata kewangan Kumpulan dan Bank mengelirukan.


KAEDAH PENILAIAN

Pada tarikh laporan ini, Para Pengarah tidak mengetahui tentang sebarang keadaan yang telah timbul yang menyebabkan kaedah penilaian yang sedia ada dalam penilaian aset atau liabiliti penyata kewangan Kumpulan dan Bank mengelirukan atau tidak sesuai.


LIABILITI LUAR JANGKA DAN LIABILITI LAIN

Pada tarikh laporan ini, tidak terdapat:

(i) sebarang caj ke atas aset Kumpulan dan Bank yang telah timbul sejak akhir tahun kewangan, yang menjamin liabiliti mana-mana pihak lain; atau
   
(ii) sebarang liabiliti luar jangka berkaitan Kumpulan dan Bank yang telah timbul sejak akhir tahun kewangan selain daripada dalam urus niaga biasa.

Tiada liabiliti luar jangka dan liabiliti lain Kumpulan dan Bank yang telah berkuatkuasa, atau mungkin berkuatkuasa dalam tempoh dua belas bulan selepas akhir tahun kewangan, yang ada pada pendapat Para Pengarah, akan atau mungkin menjejaskan keupayaan Kumpulan dan Bank untuk memenuhi obligasinya jika dan apabila tiba masanya kecuali dinyatakan dalam Nota 35.


PERUBAHAN KEADAAN

Pada tarikh laporan ini, Para Pengarah tidak mengetahui tentang sebarang keadaan, yang tidak dinyatakan dalam laporan atau penyata kewangan Kumpulan dan Bank, yang akan menyebabkan sebarang jumlah yang dinyatakan dalam penyata kewangan yang disatukan mengelirukan.


PERKARA LUAR BIASA

Pada pendapat Para Pengarah:

(i) keputusan operasi Kumpulan dan Bank semasa tahun kewangan, tidak banyak dipengaruhi oleh sebarang perkara, urus niaga atau peristiwa penting dan luar biasa,
   
(ii) dalam tempoh antara akhir tahun kewangan dan tarikh laporan ini, tidak timbul sebarang perkara urus niaga atau peristiwa penting dan luar biasa yang mungkin menpengaruhi keputusan operasi Kumpulan dan Bank bagi tahun kewangan semasa yang dilaporkan.


RANCANGAN DAN STRATEGI PERNIAGAAN BAGI TAHUN BERAKHIR PADA 31 DISEMBER 2011

Berikutan dengan perniagaan Runcit dan Komersial yang perlahan dalam tahun 2011, prioriti telah diberikan kepada franchise utama korporat. Bank telah mengambil startegi untuk mengeratkan lagi hubungan dengan klien-klien utama dan menjana jualan silang dengan sektor-sektor perniagaan Bank yang kompetitif, termasuklah Pasaran Modal Hutang, Sekuriti Hutang Islam, Pertukaran Mata Wang Asing, Penyelesaian Risiko dan Derivatif dan Transaksi Perbankan. Bersama-sama dengan strategi perdagangan yang konservatif, Bank telah mencatatkan prestasi yang lebih kukuh dalam tahun 2011.

Strategi ini juga memberi kesan yang positif ke atas pengurusan dalam kedudukan penyata kewangan Bank. Nisbah modal utama kekal melebihi 10% dan nisbah modal wajaran risiko keakl melebihi 15% seperti pada 31 Dis 2011. Impairments are kept at a minimal level.


TINJAUAN BAGI TAHUN 2012

2011 merupakan tahun yang sukar bagi industri perbankan dan untuk perniagaan perbankan. Keadaan ekonomi masih lemah. Krisis Zon Euro yang berterusan, lebihan kapasiti dalam industri perbankan, aktiviti klien yang menurun dan keyakinan perniagaan yang berkurangan akan berterusan memberi cabaran.

Untuk memastikan Bank berupaya bersaing kukuh dengan tahap sumber dan pulangan yang mencukupi, perniagaan Pasaran dan Perbankan Global (Global Banking and Market -“GBM”) dan Perkhidmatan Transaksi Global (Global Transaction Services - “GTS”) telah distrukturkan semula pada 12 Januari 2012 untuk mencipta bahagian perbankan pemborong baru yang dinamakan Perbankan Antarabangsa dan Pasaran. Ia akan mempunyai dua perniagaan yang dilaporkan dalam aliran pendapatan yang berasingan: perniagaan Pasaran dan perniagaan Antarabangsa. Perbankan GBM dan perniagaan GTS Antarabangsa digabungkan ke dalam satu perniagaan bersepadu yang dinamakan Perbankan Antarabangsa. Penstrukturan semula ini diharapkan dapat meningkatkan perhubungan dan mengurangkan kos.

Sekiranya kejatuhan yang lebih dramatik tidak berlaku dalam aktiviti ekonomi khususnya di Eropah dan Amerika Syarikat, ekonomi Malaysia berkemungkinan akan mencapai pertumbuhan yang sederhana disokong oleh tumpuan perbelanjaan sosial yang dimasukkan ke dalam Bajet 2012. Dengan tinjauan ekonomi yang positif, Bank yakin dapat mengekalkan pertumbuhan dalam tahun 2012 dan menjangkakan penjanaan hasil pendapatan akan meningkat menerusi franchise 'Perbankan Antarabangsa dan Pasaran'. Dasar klien-klien utama Bank kekal tidak berubah dan perhubungan ini akan terus dieratkan lagi menerusi perhubungan yang lebih baik di bawah penstrukturan baru.


PENILAIAN TARAFAN OLEH AGENSI-AGENSI LUAR

Dalam penilaian tarafan tahunan yang berakhir pada 22 August 2011, RAM mengesahkan sekali lagi penarafan AA2 dan P1 bagi institusi kewangan, masing-masing bagi jangka panjang dan jangka pendek. Sehubungan itu, penarafan Deposit Instrumen Boleh Niaga Subordinat Bank sebanyak RM200 juta (2007/2017) telah disahkan sekali lagi pada AA3. Kedua-dua penarafan jangka panjang mempunyai tinjauan yang stabil. Penarafan AA2 dan AA3 menunjukkan keupayaan Bank yang kukuh untuk memenuhi tanggungjawab kewangan sementara penarafan P1 menggambarkan keupayaan yang kukuh untuk memenuhi tanggungjawab kewangan jangka pendek.


SYARIKAT-SYARIKAT PEMEGANGAN

Syarikat pemegangan terdekat Bank ialah The Royal Bank of Scotland N.V., sebuah syarikat berhad awam yang diperbadankan di Belanda. Dalam tahun 2007, satu konsortium yang terdiri daripada The Royal Bank of Scotland Group plc (“Kumpulan RBS”), Fortis N.V. dan Fortis SA/NV (bersama“Fortis”) dan Banco Santander S.A. bersetuju untuk mengambilalih ABN AMRO Holding N.V. (kemudiannya dinamakan RBS Holdings N.V.) (“AAH”) melalui RFS Holdings B.V. (“RFS”), sebuah syarikat berhad swasta yang diperbadankan di Belanda, milik bersama konsortium. Saham Fortis dalam RFS telah dipegang oleh Nederland (Holding) N.V. (“FBNH”).

Pada 3 Oktober 2008, selaras dengan perubahan ketara dalam keadaan kewangan, State of the Netherlands (“Dutch State”) telah memperoleh keseluruhan modal saham FBNH dan pada 24 Disember 2008, Dutch State secara langsung memperoleh saham-saham FBNH dalam RFS dan menjadi ahli konsortium melalui pengambilalihan.

Sejajar dengan perjanjian konsortium, pembahagian aset dalam AAH yang dimiliki oleh Dutch State perlu diasingkan daripada AAH, di mana Dutch State telah mencadangkan untuk melakukannya dengan memindah dan mengintegrasikannya ke dalam entiti perbadanan baru yang dinamakan ABN AMRO II N.V.. Apabila ABN AMRO Bank N.V. dinamakan sebagai The Royal Bank of Scotland N.V. pada 6 Februari 2010, ABN AMRO II N.V. juga pada tarikh sama telah dinamakanABN AMRO Bank N.V..

Syarikat induk bersatu Bank adalah dikawal oleh Kerajaan UK. Oleh yang demikian Kerajaan UK adalah pihak yang berkenaan dengan The Royal Bank of Scotland N.V.

Dengan perhubungan Kerajaan UK dan badan-badan yang mengawalnya dan volum dan kepelbagaian urus niaga dengan mereka, pendedahan urus niaga dengan pihak-pihak yang berkaitan adalah tidak praktik. Oleh itu, untuk tujuan pembentangan penyata kewangan Kumpulan dan Bank, syarikat-syarikat yang berkaitan dirujuk sebagai ahli syarikat-syarikat kumpulan The Royal Bank of Scotland Group Plc.


JURUAUDIT

Juruaudit, Messrs. Deloitte & Touche, telah menyatakan persetujuan mereka untuk meneruskan perkhidmatan mereka.

Ditandatangani bagi pihak Lembaga
sejajar dengan resolusi Para Pengarah.

Jeneral (Bersara) Tan Sri Dato’ Mohd Ghazali Seth


Andrew Mark Sill


Kuala Lumpur
8hb June 2012