| ENG | BM |
General (Rtd) Tan Sri Dato’ Mohd Ghazali Seth & Andrew Mark Sill
PENYATA PENGERUSI & PENGARAH URUSAN

Semasa tahun kewangan 2010, The Royal Bank of Scotland Berhad (RBS Berhad) telah mencatatkan kerugian sebelum cukai sebanyak RM 5.1 juta berbanding dengan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM 13.2 juta dalam tahun 2009.

Krisi kewangan global ternyata memberi kesan ke atas hasil pendapatan Bank dalam beberapa aspek penting. Pertama, hasil faedah dalam Perbankan Pemborongan khususnya, telah berkurangan disebabkan strategi pandangan semula ke atas Kumpulan RBS dilaksanakan untuk mengkaji semula portfolio klien di samping memberi lebih tumpuan bagi pengukuhan klien-klien utama. Kedua, pendapatan dalam perniagaan Runcit dan Komersil telah berkurangan berikutan keputusan Kumpulan RBS untuk keluar daripada operasi Runcit dan Komersil dalam tahun 2010. Selain itu, sebagai sebahagian daripada tindakan memperlahankan aktiviti perbankan, beberapa perbelanjaan sekali sahaja yang ketara telah direkodkan berhubung dengan tindakan ini. Ketiga, pendapatan faedah ternyata lebih rendah walaupun dalam keadaan kadar faedah yang rendah dan margin faedah bersih yang kecil. Dan akhir sekali, pendapatan yang lebih rendah telah dilaporkan dalam perniagaan pasaran kewangan apabila Bank telah mengambil pendekatan untuk melaksanakan strategi perdagangan yang lebih konservatif, dengan menumpukan kepada pengukuhan tradisional dalam FX, aliran perlindungan nilai dan produk-produk berstruktur runcit untuk klien-klien utama.

Bank telah berjaya menangani keadaan yang sukar ini dengan berhati-hati. Beberapa langkah telah diambil untuk mengekalkan kos melalui kawalan yang ketat serta pengurangan tenaga kerja. Kedudukan Modal Bank kekal memberangsangkan dan terus meningkat dalam tahun 2010 dengan lebihan minimum yang diperlukan. Nisbah modal risiko wajar berada pada tahap 15.46% pada akhir 2010 berbanding dengan 14.26% sebelum ini.

Harapan Untuk 2011

Dengan menjangkakan kelembapan perniagaan Runcit dan Komersil akan berakhir dalam tahun 2011, dan dengan memberi prioriti serta mengukuhkan franchise korporat utama, Bank bersedia untuk memperkembangkan perniagaannya dalam tahun 2011. Strateginya adalah untuk mengeratkan lagi hubungan dengan klien-klien utama dan menjana jualan silang dalam sektor-sektor perniagaan Bank yang kompetitif, termasuklah nasihat Penggabungan dan Pengambilalihan, pasaran modal hutang, sekuriti hutang Islam, Pertukaran Mata Wang Asing, penyelesaian terbitan dan risiko, dan Perkhidmatan Urus Niaga Global.

Bank yakin akan kembali berkembang berdasarkan faktor-faktor yang menggalakkan. Pemulihan ekonomi Malaysia adalah kukuh dan sentimen pertumbuhan di antara klien-klien korporat adalah positif. Asas klien-klien utama Bank kekal dan hubungan menjadi semakin erat melalui perlaksanaan strategi yang lebih fokus. Selain itu, kekukuhan daya saing Bank dalam sektor-sektor produk terpilih telah diiktiraf melalui beberapa urus niaga yang berprofil tinggi dan anugerah yang dimenangi dalam tahun 2010 dan awal tahun 2011. Semua ini akan terus ditingkatkan melalui hubungan dengan Kumpulan RBS yang lebih luas, yang mana pemulihan global sedang dijalankan.

Penghargaan

Bagi pihak Lembaga Pengarah, kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak pengurusan dan kakitangan RBS Berhad di atas sokongan dan komitmen mereka yang berterusan. Kepada semua pelanggan yang kami hargai, terima kasih di atas sokongan dan keyakinan yang anda berikan kepada bank.

Kesemua ahli Pengarah terus memberikan khidmat nasihat kepada kami dan untuk itu kami ucapkan berbanyak-banyak terima kasih. Kami mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Muhammad Aurangzeb, yang telah menamatkan perkhidmatannya pada 10 Disember 2010, di mana semasa tempoh perkhidmatannya sebagai Pengarah telah memberikan nasihat yang amat berharga kepada Pihak Lembaga. Kami juga mengalu-alukan Encik Madan Kumar Menon yang telah dilantik sebagai Pengarah pada 1 Mei 2010, dan berharap kita dapat berkerjasama demi kebaikan bersama.

Penghargaan ini juga kami tujukan kepada Bank Negara Malaysia dan badan-badan perundangan di Malaysia yang lain di atas sokongan dan nasihat yang diberikan sepanjangan tahun 2010.